20100522

Adik-adik dan kawan-kawan baru I

Cuba kira dah berapa hari I tak update blog tak ada kelas ni? Yup. I tak ada mood. Hari ni baru ada mood. Malah pada 16 Mei lepas I sepatutnya update blog ni sebab hari tu birthday I. Tapi memandangkan tak ada apa-apa yang menarik untuk dikongsi bersama, I menyepi macam tu sajalah.



Ni anak-anak kucing baru I. Dia orang lahir pada subuh 21 Mei lepas. Dekat-dekat dengan birthday I. Lain kali boleh kita share kek birthday ya. Hadiah tak bolehlah.

Lepas I bangun pagi nak gosok gigi, I betul-betul terkejut tengok dia orang tapi tak adalah sampai ya Allah sebab I dah agak dah mak dia orang dah nak terberanak. Tapi tak sangka cepat sangat. Mungkin I tak tau bila mak dia orang mula mengandung. Entah anak siapa. I tak tau sangat sebab mak dia orang asalnya bukan kucing I. Tiba-tiba saja datang menumpang kasih di sini. Dan bila mak dia orang selamat melahirkan enam ekor sekali gus, I turut bahagia. I tekad nak pelihara dia orang sebab tu I siap merayu lagi kat mummy I agar jangan dibuang dia orang semua sebagaimana mummy buat dulu-dulu. Tak pernah mummy tak buang kucing-kucing I jadi kali ni I harap sangat-sangat bagilah peluang untuk I berkawan.

Nama dia orang (mak dan anak) I belum cari lagi. I ingat nak cari dalam Oxford Thesaurus sebab dalam tu banyak nama-nama cantik dan lain dari yang lain. I harap dia orang terutamanya anak-anak kucing I ni akan menjadi kucing-kucing yang berguna pada keluarga dan masyarakat di samping comel dan gebu.

20100511

Uji bakat Jun ini



Semenjak dua menjak ni banyak sangat masalah yang menimpa I sebab tu cikgu-cikgu yang tak ada insurans kat mulut tu kata I ni pelajar yang bermasalah. Tapi dia orang silap. Semua orang ada masalah sebagaimana yang dipaparkan gambar di atas. Kau orang pun ada masalah juga terutamanya dengan suami. Betul tak?

Gambar ni diambil bila I menjadi model secara tak rasmi di Shah Alam. Model mempromosikan diri. Melihatkan wajah I di dalam mana-mana gambar, susah nak jumpa gambar I berwajah eksotik. Kalau klasik tu adalah juga.

Bercakap mengenai model, Jun ini I akan ditemani ibu dan kawan I, Zira untuk uji bakat memperagakan dan diperagakan. Nampaknya jadi modellah I ya.

20100509

Pilihan Lelaki dan Perempuan

Maaf. Entry ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pendapat saya. Pengalaman? Pendapat? Ya. Mestilah berpandukan bacaan dan kajian yang menyeluruh. Saya pun baca juga. Kaji juga. Baca apa? Kaji di mana? Itu semua rahsia.



Lelaki
biasanya mempunyai kelas dan personaliti. Low-class man biasanya memilih perempuan yang berdada bidang, berpinggul besar tetapi high-class man biasanya memilih perempuan yang kecil molek. Namun apabila ditanya kedua-duanya, mereka pasti menjawab perempuan yang berpakaian sopan. Mereka biasanya berminat dengan perempuan atas faktor paras rupa tetapi perempuan itu perlu berakal sedikit, berimaginasi dan anggun bergaya. Pendek kata, penampilan perempuan itu perlulah berketrampilan.



Kedua-dua jantina lebih memilih kepada kecantikan seperti ketinggian yang stabil dengan berat badan, penampilan, ketrampilan, gigi tersusun putih, hidung mancung dan bla bla bla. Dalam erti kata lain, kesihatan.

20100508

PUAS HATI SAMPAI SENAK DADA

Setelah beberapa hari I tak buka blog, akhirnya hari ni I buka semata-mata nak hilangkan segala keresahan haaa haaa haaa. I search blogspot.com. I tak sign in dah sebab I dah sign in dalam Google. Tiba-tiba, I nampak dua komen yang perlu dikemaskinikan. I telan air liur dalam mulut I. Tawar rasanya. Perasaan I bercampur antara teruja, terharu dan gerun. I teruja sebab masih ada makhluk Allah yang sudi singgah di blog I sambil meninggalkan kesan. I terharu sebab ya ya ya. I gerun sebab cacian, hinaan, makian atau sumpahan mungkin akan merobek hati I. Ooopsss bukan mungkin tapi memang dah akan.



Okay okay okay I buka dan melepaskan angin kelegaan. I terkejut. I terkedu. I terperanjat. Oh komen bermaruah rupa-rupanya haaa haaa haaa. Entah komen apa. Bacalah sendiri. Apa-apa pun terima kasih kepada pengomen-pengomen tersebut.



Sekarang ni pula I sedang menggotel rambut sambil menekuni blog bersepah ni. Usahkan blog ni bersepah, bilik I pun bagai nak rak bersepah so tak hairanlah lipas jantan terutamanya ke sana ke sini dengan aksi free shownya. Kadang-kadang I rasa nak ulang kaji, buat homework atau buat kerja I yang lain tapi bila dah nak start, kerja tertunda macam tu saja. Biasanya tulang I menjadi berat siang-siang hari. Bila malam baru ringan sebab tulah I suka buat kerja malam-malam. Ni pun I baru lepas tengok drama Jagoo dan Maan lakonan Sanjay Kapoor, Raveena Tandon, Amir Khan dan Manisha Koirala. Best juga haaa haaa haaa. Malam ni kalau free I nak tengok cerekerama dan drama Hindustan di Astro Zee pula.


Kadang-kadang I pun tak tau apa nak jadi dengan I. Homework tak siap, kerja lain tak siap. Pokoknya semuanya masih belum dibereskan. Apa yang I tau, I dah tak sabar nak pergi cuti dan tamatkan zaman persekolahan di sekolah menengah. I nak menggembara ke seluruh negara dan buat apa I suka. I suka pergi sekolah sebab I boleh mendapat ilmu baru dan makhluk Allah yang pelbagai ragam tapi I juga tak suka pergi sekolah sebab I tak suka terikat apatah lagi bertemu muka sama dan ragam sama so sebab tulah I jarang pergi sekolah dan selalu dileteri cikgu benda yang sama sampai I naik muak.


Memanglah salah I jarang pergi sekolah. Jarang pula siapkan homework. I terharu bila cikgu-cikgu prihatin dengan I sampai sanggup tanya soalan sama tiap-tiap kali nampak muka I tapi tak faham bahasa ke? Janganlah tekan-tekan okay sampai I terpaksa berterus-terang dengan you all. Sekarang ikuti dialog di bawah.


During English oral test.

Teacher Juliana : Why you always absent to school? Can you tell me what's your problem?

Miss S.Z : Okay I love this question. I know everybody has their own problem so let me tell you a secret that nobody know. I always absent to school might be because I'm too boring to be in here.

Teacher Juliana : Why so?

Miss S.Z : Might be I already mix with others outside there. I guess.

Teacher Juliana : You're a creative. You know.

Miss S.Z : Oh thank you, teacher.

Ketika masa untuk tidur.

Cikgu Maheran : Syarifah, mana fail awak? Awak kata nak hantar? Mananya?

Cik S.Z : Oh nanti saya hantar.

Cikgu Maheran : Hantar. Hantar. Hantar bila?

Cik S.Z : Nantilah bila dah complete.

Cikgu Maheran : Oh jadi sekarang ni belum completelah ya? Apa masalah awak? Homework tak siap. Fail tak hantar. Apa masalah awak?

Cik S.Z : Masalahnya saya tak ada masalah.

Cikgu Maheran : Oh kalau tak ada masalah, apa masalah awak?

Cik S.Z : Okay okay. Masalah saya mungkin sebab cinta saya terhadap Matematik belum tersemai lagi. Nantilah. Bagi saya masa.

Cikgu Maheran : Oh cinta. Awak tak payah nak bersastera dengan saya. Ini orang Matematik bukan orang sastera. Tak kisahlah awak cinta ke tak, itu tanggungjawab awak sebagai pelajar. Awak faham tak?

Cik S.Z : Faham cikgu. Faham.

Cikgu Maheran : So bila awak nak hantar?

Cik S.Z : Tengoklah dulu bila dah complete.

Cikgu Maheran : Tak boleh. Saya nak awak janji bila awak nak hantar.

Cik S.Z : Masalahnya, saya tak boleh janji sebab kuasa iradat di tangan Tuhan.

Cikgu Maheran : Ah awak ni. Bila?

Cik S.Z : Kejap (sambil mengeluarkan kalendar La Senza dari pencil case Body Glove)

Cikgu Maheran : Oh sampai tengok kalendar ke? Banyak appointment?

Cik S.Z : Nanti dekat-dekat nak cuti penggal.

Cikgu Maheran : Cuti penggal? Tak ada. Tak ada. Itu time awak nak exam. 20 hari bulan boleh?

Cik S.Z : Insya-Allah.

Fine. Puas hati sampai senak dada.

20100503

Tiket-Tiket Menjadi Pan-Asian

Kali ini, I nak cakap pasal tiket-tiket menjadi Pan-Asian tapi sebelum itu, masihkah ada sesiapa yang tak tahu apakah maksud Pan-Asian? Maaf! Kalian mungkin ketinggalan zaman (heee heee heee).

Pan-Asian means kacukan antara darah Asia dan bukan Asia. Tak kiralah Melayu dengan African ke, Chinese dengan Arab ke, Filipino dengan Spanish ke, Indonesian dengan Dutch ke, bla bla bla.

Antara Pan-Asian terhangat Malaysia ialah:

1) Nora Danish- Burma dan Arab

2) Diana Danielle- American dan Melayu

3) Juliana Evans- British dan Melayu

4) Julia Ziegler- American dan Melayu

5) Maya Karin- Germany dan Melayu

Banyak lagi sebenarnya I nak tulis tapi I malaslah sebab banyak sangat kerja yang perlu disiapkan (heee heee heee). I bukanlah peminat kelima-lima artis kat atas tu tapi I kagum dengan Maya Karin yang hebat dalam teater, drama dan lakonan malah dia juga dapat memonopoli pasaran antarabangsa walaupun akademiknya taklah setinggi mana, cuma berkelulusan dari Lim Kok Wing Technologi and Creative University College. Yang lain I malas nak komen, non of my business (haaa haaa haaa).

Okay, okay. Berbalik pada tajuk entry I kali ni, I nak minta maaf banyak-banyak kat pembaca blog I ni kalau ada yang kurang senang semata-mata kerana entry ni. I bukan riak tapi inilah antara isu yang agak acap kali diperkatakan masyarakat-masyarakat kita dewasa ini, bukan I seorang.

Memang menjadi seorang Pan-Asian adalah impian hampir semua orang terutamanya orang perempuan. Orang lelaki kalau bukan Pan-Asian pun tetap good-looking dan begitu juga dengan I. Sejak kecil lagi I dah perasan nak jadi Pan-Asian walaupun I memang dah Pan-Asian (heee heee heee). Bila diberitahu kebenarannya, I seolah-olah termangu-mangu (haaa haaa haaa). Bila orang-orang pakat tanya, I ni Pan-Asian ke? Bila I jawab ya, jawapan mereka kalau bukan yang pada kebiasaannya (tak boleh dedahkan nanti dikata perasan), mereka akan kata, 'Wow, bestnya'. I cuma tersengih kalau bukan tertawa ria. I berbisik sendiri dalam hati, 'Kenapa semua orang asyik cakao benda yang sama?.'

I tak setuju semua Pan-Asian ayu, cantik dan jelita walaupun pada hakikatnya, rata-ritinya memang begitu. Kalau artis Pan-Asian yang I kagum dengan raut wajah mereka ialah Natasha Hudson, Juliana Evans, Stephanie Chai dan Yasmin Hani. Kalau Rozita Che Wan tu taklah ya (heee heee heee).

Kalau ditanya, adakah kecantikan menjadi penentu kejayaan? Hurm... Soalan yang agak rumit dan sulit tapi pada hakikatnya, I mungkin setuju sebab tanpa penampilan yang tak menarik, siapa kita di mata masyarakat? I mungkin antara manusia bertuah menjadi Pan-Asian, syukur Alhamdulillah.

So inilah dia tiket-tiket menjadi Pan-Asian:

1) Sentiasa menarik perhatian orang lelaki mahupun wanita sama ada tua atau muda

2) Berupaya menjadi selebriti sekiranya berketrampilan menarik

3) Wajah sentiasa berubah-ubah

4) Cerdik

5) Cepat popular

Dan banyak lagi!

Jodoh Dengan Ustaz?

Jodoh dengan ustaz? Ya, jodoh dengan ustaz (malu I). Eh eh, mana ada. Bila masa pula I nak kahwin dengan ustaz ni, lagipun ustaz mana yang nak kat I? I mungkin ada serba sedikit pengetahuan agama kerana latar belakang keluarga I yang agak bersih (cehsss). Opsss! Kerana buku-buku yang I laburkan (heee heee heee) so kepada kalian di luar sana, jangan pandang orang sebelah mata. Walaupun orang tu tak berhijab, berniqab, berburqa atau berjilbab, siapa tau dia yang lebih baik di mata Tuhan? Sorry tapi kalau itu yang lebih baik untuk I, I terima dengan senang hati.

I pula seorang penulis antara mapan dan tak mapan (wah wah wah) so menjadi penulis membuatkan I bercampur dengan rata-riti masyarakat yang pelbagai latar belakang yang misteri dan aneh (heee heee heee) walaupun I taklah bergaul sangat dengan mereka sebab I sedar, I siapa. I cuma seorang penulis yang ayu bergaya, muda, mentah bergetah tapi tak sehebat mereka yang berkelulusan Ijazah Sarjana Komunikasi Massa, Perbandingan Undang-Undang, Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Pendidikan, Kejuruteraan Awam, Usuluddin atau sebagainya yang diiktiraf kerajaan (heee heee heee). I cuma pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kota beraliran rojak (haaa haaa haaa).

Oh! Pastinya kalian tertanya-tanya, 'Kenapa budak perasan ni kaitkan hal macam ni? Apa kaitannya?.' Eh! Kalian tak tau ke? Bukan ke kalian ni orang yang cerdik lagi pandai (heee heee heee)? Jangan marah ya, nanti cepat tua.

I ada dating dengan seorang ustaz ni. Opsss! I mean, I ada chatting dengan dia dalam Facebook beberapa hari lalu (tak set bila, di mana, kenapa, bagaimana) tapi siapa ustaz tu, I tau (heee heee heee). Alah, kalau I tak bagitau pun, kalian sure dapat teka, kan kan kan? Orangnya bernama Azman Ahmad, berumur 36 (betul ke?), berkelulusan Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari Universiti Muta'ah lagi dan kini sedang berkhidmat sebagai seorang pegawai di Dewan Bahasa dan Pustaka (unsure sebagai apa dan di unit mana). Fuhhh! Orangnya memang handsome, very very very good-looking. Memang thumb's uplah bila kalian jumpa, lainlah kalau bukan taste kalian (haaa haaa haaa).

I pun tak taulah macam mana I boleh terpanggil dia ustaz. Maybe sebab dia pakai songkok atau kopiah, siapa tau? Tapi, orang lain pun panggil ustaz juga kan? Kanlah, kan? Ah! Biar sajalah. Takkan I nak panggil abang kan? Nanti dia jatuh terjelepuk, payah nak angkat (bangun sendiri), tapi I betul-betul tak sangka dia lain dari yang I fikir. Ustaz Azman atau nama penanya, Ibnu Ahmad Al-Kurauwi (kalah nama I) sebenarnya taklah serumit atau sesulit mana macam sesetengah penulis lain yang nak bergurau pun over over over sensitif , tapi I tak taulah dalamnya macam mana sebab I pun belum kenal sangat dengan dia. Opsss! Sorry.

Okay, I sakit kepala ni, angin (ramai sangat datang meminang), so let me direct to the point. Kata Ustaz Azman, dia mendoakan jodoh I dengan ustaz sama macam dia. Katanya lagi, itu doa yang tulus dari hati. Oh my God (Allah)! I betul-betul terkejut dan terharu dengan doa tulusnya itu walaupun hati I masih berbelah bagi nak terima jodoh dengan ustaz (takut tak serasi) tapi kalau itulah yang terbaik, I terima dengan senang hati. Insya-Allah dan syukran, Ustaz Azman. One more, banyak-banyak doakan yang terbaik untuk I ya (heee heee heee).

20100424

Lelaki Idaman Aku

Lupakan pasal pertandingan Pidato Piala Diraja peringkat QIT Kota yang berlangsung pada hari ini. Aku tak ada mood lagi nak tulis pasal pertandingan tu. Insya-Allah bila aku ada mood, aku tulis. Dahlah aku rasa letih macam anak tupai yang lompat sana, lompat sini. Hish... Aku letih sangat-sangat tapi susah aku nak berdiam diri untuk perkara yang aku minat. Lagipun, aku tak nak persiakan apa-apa yang aku minat. Yalah, aku kan memang berbakat daripada pelbagai aspek. He he he...

Hurm... Ciri-ciri lelaki idaman aku? Well, not bad juga posting ni. He he he... Okay, okay... Kau orang sure nak tau juga kan macam mana ciri-ciri lelaki idaman aku especially lelaki yang terkinja-kinja mengejar aku. Ceh... Alah, dah memang hakikat kan, kan, kan? Kanlah...

Well, aku mengidamkan lelaki yang sebegini; handsome tapi kalau takat good-looking tu okay sajalah, smart (cerdik dalam pelbagai aspek, bukan akademik saja), berduit (poket kena tebal selalu), tak boros tak jimat tapi cermat, tinggi dalam 170 sentimeter, tak gemuk tak kurus tapi berisi, pembersih, botak atau berambut pendek hitam segar, romantik, friendly (bertempatlah), tak berkira, understanding, cemburu (suka, suka, suka, suka sangat-sangat), tak hitam tak putih (sedang-sedang saja), berbangsa Melayu tapi kalau Pak Arab lebih okay (Syed Yusuf?), funny and what's important is gentleman.

One more thing, kalau ada sesiapa yang nak lamar aku, aku tak nak bertunang, okay. Buat apa tunang-tunang, buat bazir masa, duit dan tenaga saja. Lebih baik kahwin terus. Lagipun, agama pun tak ada mewajibkan tunang-tunang ni tapi kalau betullah ada yang nak ajak aku kahwin, aku tak suka dilamar terus. Aku lebih suka kalau si pelamar itu membawa keluarganya dan dirinya merisik dan meminang aku melalui keluarga aku. Kan sopan begitu? Biar dia orang tahu, aku bukan sebarangan perempuan. He he he. Dan kalau boleh, aku nak kahwin secara taaruf, means kahwin dulu baru bercinta. Barulah best, mencabar dan aku taklah boring sangat. Maklum saja, aku gadis lalang. He he he.

20100422

Jantung Hati



Gambar ni adalah gambar yang teristimewa dari saya, momen masa Bengkel Penulisan Fiksyen Sains di Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur 7 April 2009, kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur, Utusan dan Universiti Teknologi Malaysia. Cantik kan gambar ni? Sebab tulah momennya manis, he he he.

Walaupun pesertanya agak sedikit dan tak mencecah sasaran tapi saya tak menyesal pun sertai bengkel ni. Yalah, kenapa taknya kalau yuran penyertaan bukan saya yang bayar tapi Gabungan Penulis Muda Negeri Kelantan, sebuah badan penulis yang wajib mendidik saya dalam bidang ni. Apa yang tak membuatkan saya kesal sedikit pun, tak lain tak bukan lelaki yang berdiri di belakang saya dari kanan. Ish siapa tu? Ha kalau nak tau, itulah jantung hati saya, Yosman Mohd Bain. Dia sekretariat bengkel dan sayembara tu tau, pegawai pemasaran (penerbitan) lagi.

Kalian nampak kan mana saya? Saya yang duduk paling kanan sambil angkat tapak kaki tu sebab saya begitu rak nak angkat tangan tapi tak boleh sebab nanti orang kata saya gila, ha ha ha.

20100421

ah

ggg

20100420

Stess, Tension



Biarlah kalau muka saya tak cukup eksotik nak jadi model, at least saya boleh juga jadi model kan, he he he. Kreatif kan saya beraksi dalam gambar yang diambil kawan saya, Zira ni he he he, dia pun apa kurang kreatifnya cuma saya saja yang terlebih kreatif ha ha ha.

Okay okay, saya sebenarnya agak stresslah atau dalam erti kata yang lain, saya tension. Stress dan tension sebab banyak kerja yang harus disegerakan. Ya, disegerakan. Homework sekolah yang bertambun-tambun, aktiviti kokurikulum, aktiviti outdoor and so on. Kalau saya cakap kat sini pun esok pun takkan habis. Mujurlah ada family yang selalu menyenangkan hati saya dah kira okaylah