20100424

Lelaki Idaman Aku

Lupakan pasal pertandingan Pidato Piala Diraja peringkat QIT Kota yang berlangsung pada hari ini. Aku tak ada mood lagi nak tulis pasal pertandingan tu. Insya-Allah bila aku ada mood, aku tulis. Dahlah aku rasa letih macam anak tupai yang lompat sana, lompat sini. Hish... Aku letih sangat-sangat tapi susah aku nak berdiam diri untuk perkara yang aku minat. Lagipun, aku tak nak persiakan apa-apa yang aku minat. Yalah, aku kan memang berbakat daripada pelbagai aspek. He he he...

Hurm... Ciri-ciri lelaki idaman aku? Well, not bad juga posting ni. He he he... Okay, okay... Kau orang sure nak tau juga kan macam mana ciri-ciri lelaki idaman aku especially lelaki yang terkinja-kinja mengejar aku. Ceh... Alah, dah memang hakikat kan, kan, kan? Kanlah...

Well, aku mengidamkan lelaki yang sebegini; handsome tapi kalau takat good-looking tu okay sajalah, smart (cerdik dalam pelbagai aspek, bukan akademik saja), berduit (poket kena tebal selalu), tak boros tak jimat tapi cermat, tinggi dalam 170 sentimeter, tak gemuk tak kurus tapi berisi, pembersih, botak atau berambut pendek hitam segar, romantik, friendly (bertempatlah), tak berkira, understanding, cemburu (suka, suka, suka, suka sangat-sangat), tak hitam tak putih (sedang-sedang saja), berbangsa Melayu tapi kalau Pak Arab lebih okay (Syed Yusuf?), funny and what's important is gentleman.

One more thing, kalau ada sesiapa yang nak lamar aku, aku tak nak bertunang, okay. Buat apa tunang-tunang, buat bazir masa, duit dan tenaga saja. Lebih baik kahwin terus. Lagipun, agama pun tak ada mewajibkan tunang-tunang ni tapi kalau betullah ada yang nak ajak aku kahwin, aku tak suka dilamar terus. Aku lebih suka kalau si pelamar itu membawa keluarganya dan dirinya merisik dan meminang aku melalui keluarga aku. Kan sopan begitu? Biar dia orang tahu, aku bukan sebarangan perempuan. He he he. Dan kalau boleh, aku nak kahwin secara taaruf, means kahwin dulu baru bercinta. Barulah best, mencabar dan aku taklah boring sangat. Maklum saja, aku gadis lalang. He he he.

No hay comentarios.: