Setelah beberapa hari I tak buka blog, akhirnya hari ni I buka semata-mata nak hilangkan segala keresahan haaa haaa haaa. I search blogspot.com. I tak sign in dah sebab I dah sign in dalam Google. Tiba-tiba, I nampak dua komen yang perlu dikemaskinikan. I telan air liur dalam mulut I. Tawar rasanya. Perasaan I bercampur antara teruja, terharu dan gerun. I teruja sebab masih ada makhluk Allah yang sudi singgah di blog I sambil meninggalkan kesan. I terharu sebab ya ya ya. I gerun sebab cacian, hinaan, makian atau sumpahan mungkin akan merobek hati I. Ooopsss bukan mungkin tapi memang dah akan.
Okay okay okay I buka dan melepaskan angin kelegaan. I terkejut. I terkedu. I terperanjat. Oh komen bermaruah rupa-rupanya haaa haaa haaa. Entah komen apa. Bacalah sendiri. Apa-apa pun terima kasih kepada pengomen-pengomen tersebut.
Sekarang ni pula I sedang menggotel rambut sambil menekuni blog bersepah ni. Usahkan blog ni bersepah, bilik I pun bagai nak rak bersepah so tak hairanlah lipas jantan terutamanya ke sana ke sini dengan aksi free shownya. Kadang-kadang I rasa nak ulang kaji, buat homework atau buat kerja I yang lain tapi bila dah nak start, kerja tertunda macam tu saja. Biasanya tulang I menjadi berat siang-siang hari. Bila malam baru ringan sebab tulah I suka buat kerja malam-malam. Ni pun I baru lepas tengok drama Jagoo dan Maan lakonan Sanjay Kapoor, Raveena Tandon, Amir Khan dan Manisha Koirala. Best juga haaa haaa haaa. Malam ni kalau free I nak tengok cerekerama dan drama Hindustan di Astro Zee pula.
Kadang-kadang I pun tak tau apa nak jadi dengan I. Homework tak siap, kerja lain tak siap. Pokoknya semuanya masih belum dibereskan. Apa yang I tau, I dah tak sabar nak pergi cuti dan tamatkan zaman persekolahan di sekolah menengah. I nak menggembara ke seluruh negara dan buat apa I suka. I suka pergi sekolah sebab I boleh mendapat ilmu baru dan makhluk Allah yang pelbagai ragam tapi I juga tak suka pergi sekolah sebab I tak suka terikat apatah lagi bertemu muka sama dan ragam sama so sebab tulah I jarang pergi sekolah dan selalu dileteri cikgu benda yang sama sampai I naik muak.
Memanglah salah I jarang pergi sekolah. Jarang pula siapkan homework. I terharu bila cikgu-cikgu prihatin dengan I sampai sanggup tanya soalan sama tiap-tiap kali nampak muka I tapi tak faham bahasa ke? Janganlah tekan-tekan okay sampai I terpaksa berterus-terang dengan you all. Sekarang ikuti dialog di bawah.
During English oral test.
Teacher Juliana : Why you always absent to school? Can you tell me what's your problem?
Miss S.Z : Okay I love this question. I know everybody has their own problem so let me tell you a secret that nobody know. I always absent to school might be because I'm too boring to be in here.
Teacher Juliana : Why so?
Miss S.Z : Might be I already mix with others outside there. I guess.
Teacher Juliana : You're a creative. You know.
Miss S.Z : Oh thank you, teacher.
Ketika masa untuk tidur.
Cikgu Maheran : Syarifah, mana fail awak? Awak kata nak hantar? Mananya?
Cik S.Z : Oh nanti saya hantar.
Cikgu Maheran : Hantar. Hantar. Hantar bila?
Cik S.Z : Nantilah bila dah complete.
Cikgu Maheran : Oh jadi sekarang ni belum completelah ya? Apa masalah awak? Homework tak siap. Fail tak hantar. Apa masalah awak?
Cik S.Z : Masalahnya saya tak ada masalah.
Cikgu Maheran : Oh kalau tak ada masalah, apa masalah awak?
Cik S.Z : Okay okay. Masalah saya mungkin sebab cinta saya terhadap Matematik belum tersemai lagi. Nantilah. Bagi saya masa.
Cikgu Maheran : Oh cinta. Awak tak payah nak bersastera dengan saya. Ini orang Matematik bukan orang sastera. Tak kisahlah awak cinta ke tak, itu tanggungjawab awak sebagai pelajar. Awak faham tak?
Cik S.Z : Faham cikgu. Faham.
Cikgu Maheran : So bila awak nak hantar?
Cik S.Z : Tengoklah dulu bila dah complete.
Cikgu Maheran : Tak boleh. Saya nak awak janji bila awak nak hantar.
Cik S.Z : Masalahnya, saya tak boleh janji sebab kuasa iradat di tangan Tuhan.
Cikgu Maheran : Ah awak ni. Bila?
Cik S.Z : Kejap (sambil mengeluarkan kalendar La Senza dari pencil case Body Glove)
Cikgu Maheran : Oh sampai tengok kalendar ke? Banyak appointment?
Cik S.Z : Nanti dekat-dekat nak cuti penggal.
Cikgu Maheran : Cuti penggal? Tak ada. Tak ada. Itu time awak nak exam. 20 hari bulan boleh?
Cik S.Z : Insya-Allah.
Fine. Puas hati sampai senak dada.
20100508
Suscribirse a:
Comentarios de la entrada (Atom)
No hay comentarios.:
Publicar un comentario