Kali ini, I nak cakap pasal tiket-tiket menjadi Pan-Asian tapi sebelum itu, masihkah ada sesiapa yang tak tahu apakah maksud Pan-Asian? Maaf! Kalian mungkin ketinggalan zaman (heee heee heee).
Pan-Asian means kacukan antara darah Asia dan bukan Asia. Tak kiralah Melayu dengan African ke, Chinese dengan Arab ke, Filipino dengan Spanish ke, Indonesian dengan Dutch ke, bla bla bla.
Antara Pan-Asian terhangat Malaysia ialah:
1) Nora Danish- Burma dan Arab
2) Diana Danielle- American dan Melayu
3) Juliana Evans- British dan Melayu
4) Julia Ziegler- American dan Melayu
5) Maya Karin- Germany dan Melayu
Banyak lagi sebenarnya I nak tulis tapi I malaslah sebab banyak sangat kerja yang perlu disiapkan (heee heee heee). I bukanlah peminat kelima-lima artis kat atas tu tapi I kagum dengan Maya Karin yang hebat dalam teater, drama dan lakonan malah dia juga dapat memonopoli pasaran antarabangsa walaupun akademiknya taklah setinggi mana, cuma berkelulusan dari Lim Kok Wing Technologi and Creative University College. Yang lain I malas nak komen, non of my business (haaa haaa haaa).
Okay, okay. Berbalik pada tajuk entry I kali ni, I nak minta maaf banyak-banyak kat pembaca blog I ni kalau ada yang kurang senang semata-mata kerana entry ni. I bukan riak tapi inilah antara isu yang agak acap kali diperkatakan masyarakat-masyarakat kita dewasa ini, bukan I seorang.
Memang menjadi seorang Pan-Asian adalah impian hampir semua orang terutamanya orang perempuan. Orang lelaki kalau bukan Pan-Asian pun tetap good-looking dan begitu juga dengan I. Sejak kecil lagi I dah perasan nak jadi Pan-Asian walaupun I memang dah Pan-Asian (heee heee heee). Bila diberitahu kebenarannya, I seolah-olah termangu-mangu (haaa haaa haaa). Bila orang-orang pakat tanya, I ni Pan-Asian ke? Bila I jawab ya, jawapan mereka kalau bukan yang pada kebiasaannya (tak boleh dedahkan nanti dikata perasan), mereka akan kata, 'Wow, bestnya'. I cuma tersengih kalau bukan tertawa ria. I berbisik sendiri dalam hati, 'Kenapa semua orang asyik cakao benda yang sama?.'
I tak setuju semua Pan-Asian ayu, cantik dan jelita walaupun pada hakikatnya, rata-ritinya memang begitu. Kalau artis Pan-Asian yang I kagum dengan raut wajah mereka ialah Natasha Hudson, Juliana Evans, Stephanie Chai dan Yasmin Hani. Kalau Rozita Che Wan tu taklah ya (heee heee heee).
Kalau ditanya, adakah kecantikan menjadi penentu kejayaan? Hurm... Soalan yang agak rumit dan sulit tapi pada hakikatnya, I mungkin setuju sebab tanpa penampilan yang tak menarik, siapa kita di mata masyarakat? I mungkin antara manusia bertuah menjadi Pan-Asian, syukur Alhamdulillah.
So inilah dia tiket-tiket menjadi Pan-Asian:
1) Sentiasa menarik perhatian orang lelaki mahupun wanita sama ada tua atau muda
2) Berupaya menjadi selebriti sekiranya berketrampilan menarik
3) Wajah sentiasa berubah-ubah
4) Cerdik
5) Cepat popular
Dan banyak lagi!
20100503
Suscribirse a:
Comentarios de la entrada (Atom)
1 comentario:
Salam, sharifah. alangkah cantiknya ade shoutmix. tentu orang boleh komen. Penulisan yang baik. Tapi bertabur sikit (maap.. )
pak aRaB..
Publicar un comentario