20100419

Ada Bau Budu



Wahai orang-orang Kelantan, ini budu bukan berudu.

Aku mengaku, aku tak makan budu. Bukan aku tak pernah mencuba tapi selera aku tak ke arah itu. Kalau sambal belacan aku makan, itu menu wajib dalam nasi manakala lada jeruk dalam mee sup. Okay okay, sekarang ni bukan masanya nak cakap pasal makanan. Hey sedarlah sikit, body dah naik he he he.

Hurm... Kalau bukan nak cakap pasal budu nak cakap pasal apa? Okay okay, aku nak cakap pasal orang-orang Melayu kita yang dah mula naik angin. Bukan naik angin sebab marah tapi naik angin sebab dah mula actionnya itu. Orang Kelantan kata action.

Aku bukanlah pejuang bahasa yang fanatik sama ada bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Arab atau Bahasa Mandarin sekalipun aku orang seni atau pendek kata, sasterawan muda he he he. Ini tak ada kaitan dengan darah Melayu yang sedikit dalam darah aku tapi ini ada kaitan dengan hakikat kebenaran. Eh eh, samalah tu he he he.

Terus terang aku katakan, aku pantang melihat atau mendengar orang-orang Melayu yang ligat bercakap bahasa Inggeris walaupun hakikatnya dia bukanlah orang Mat Salleh atau kacukan Mat Salleh tapi aku bukan anti-Inggeris, tidak. Aku akui aku minat subjek bahasa Inggeris malah aku mendapat A- dalam subjek itu baru-baru ini. Aku sedar, bahasa Inggeris antara penyumbang kejayaan kita pada zaman globalisasi ini.

Cuma apa yang membuatkan darah aku naik sampai ke otak, kita sama-sama orang Melayu, tak kiralah kita lahir di tanah Melayu atau di oversea, susah ke kita nak cakap sama-sama bahasa Melayu? Lainlah kalau kita cakap dengan orang asing macam Mat Salleh ke, Mat Bangla ke, Pak Arab ke, ini tidak. Dah tahu aku Melayu, kau Melayu, mereka Melayu, kenapa susah-susah speaking-speaking ni? Boleh tahan belek kamuslah alamatnya. Lebih-lebih lagi orang Kelantan yang speaking sampai nak rak bahasanya, aku rasa macam ada bau budu dalam mulutnya. Kalau setakat campur-campur bahasa tu kira okaylah juga macam aku he he he.

Dahlah, aku boringlah cakap pasal ni panjang-panjang, buat membazir otak saja. Lagipun semua ni terpulang kepada pendirian orang kita masing-masing. Kalau rasa diri tu putih, rambut tu berkarat, so go onlah speaking-speaking. Tak salah kan, at least you can improve your English ha ha ha. Okaylah, aku pun nak study bahasa Inggeris ni he he he.

20100418

Buktinya, Buktinya, Buktinya



Selain pertandingan syarahan dan bercerita, aku join pertandingan pidato diraja juga tau. Esok aku start berlatih, Sabtu depan baru bertanding. Begitu juga dengan pertandingan syarahan dan bercerita sempena Minggu Agama Islam yang akan bermula Khamis ni. Aku berdebar-debar ni, harap-harap aku menang tak kiralah tempat ke berapa asalkan aku boleh naik pentas lagi, terima hadiah sambil tersengih depan kamera. Wow, bangganya... Apa-apa pun semoga aku berjaya ya, Insya-Allah.

Okay, sekarang ni aku nak cerita pasal pengantin baru kat atas tu. Pengantin lelaki tu bapak saudara aku yang aku panggil daddy. Badut kat sebelah tu isteri baru dia yang keempat. Wow, hebat kan? Alah, lelaki taklah buruk mana kalau kahwin banyak mana pun, lainlah perempuan. Badut tu pula katanya ni perkahwinan dia yang kedua, betul ke, boleh percaya ke dengan muka macam ni? Aku rasa bukan yang kedua tapi yang ketiga atau keempat. Yalah, tengok pula muka anak dia tiga ekor tu. Seorang macam Keling, dua lagi macam dia sebiji. Aku rasa dia nak tutup malu dia saja kata macam tu. Hish, apa yang menariknya badut ni sampai daddy boleh berkenan jadikan bini kedua? Jauh cantik bini pertama, okay pun okay. Yang ni dahlah pendek macam budak darjah empat, hipokrit pula, talam dua muka, perut pedal busuk. Buktinya, badut ni pernah fitnah aku, mummy aku dan umi aku. Bukannya siapa tu, aku ni anak saudara laki dia, mummy aku pula ibu laki dia manakala umi aku tu adik laki dia. Semuanya ada pertalian darah yang sah, bukan macam dia orang luar. Memang tak sedar diri kan.

Memang aku ada renjis merka masa persandingan tu tapi tak semestinya aku merestui mereka. Sorry, aku tak mungkin merestui perkahwinan ni, no way. Buktinya, masa aku merenjis tu, aku bukannya renjis air mawar dan bunga rampai kat tapak tangan mereka tapi baju mereka. Ha ha ha bukan main merah muka badut tu dan keluarganya tapi nasib baik daddy tak marah depan-depan.

Aku pergi majlis ni pun sebab terpaksa. Terpaksa sebab bila aku minta daddy belikan aku novel Inggeris yang berharga RM 35.90 dan dan jubah dari butik First Lady yang berharga dalam RM 50 lebih, daddy beli. Kalau ikutkan hati memang tak nak pergi hadap muka badut-badut ni tapi best juga pergi Terengganu tu sebab aku dapat jumpa saudara mara. Lagipun kawan aku, Zira kan turut serta temankan aku.

Aku jamin perkahwinan ni takkan kekal. Dulu pun masin mulutku bila daddy berkahwin dengan orang yang aku tak berapa suka. Eh, cuba lihat muka mummy aku tu lepas renjis pengantin baru tu, ha ha ha.

20100417

Sejam Ibarat Seminit

Sepatutnya semalam aku tulis pasal P. Kamalanathan yang berjaya mewakili Barisan Nasional di Hulu Selangor. Tapi, aku memang tak ingat langsung pasal itu. Tak apa, nanti aku tulis pasal dia esok, ya sebab kalau tulis hari ini, aku rasa tak sempatlah nak upload gambar dia lagi, nak cari keratan akhbar pasal dia lagi walaupun aku boleh cari berita pasal dia dalam Internet. Tapi, memang aku rasa tak sempat sebab banyak lagi kerja yang perlu aku selesaikan. Puisi, cerpen, gurindam, seloka, pantun, bla bla bla. Minggu depan aku kena baca gurindam depan cikgu dan classmates. Cikgu pilih aku sebab cikgu tau aku pandai, he he he. Homework pula dah semestinya ada, wajib katakan walaupun aku tak wajib buat, he he he. Yalah, masa pun selalu cemburu. Sejam itu ibarat seminit. Jadi Insya-Allah, esok aku tulis pasal dia.

Apa-apa pun, aku kena ready untuk pertandingan syarahan dan bercerita sempena minggu agama Islam di sekolah Khamis depan. Aku nak menang lagi walaupun tempat ketiga. Aku nak nama aku menggegarkan Dewan Kota Jelasin. Aku nak naik pentas lagi, Insya-Allah.

Okay, aku nak pergi KB Mall kejap ni. Nak shopping, he he he.

20100416

Bergaya Mengancam


Tak terkelip mata Gen-2 posing dengan aku


Tapi, Zira tak terbau busuknya buntut Gen-2

Berita baik dari aku dan Zira untuk aku dan Zira, hehe. Wow, betapa bergayanya kami, betapa mengancamnya kami bila posing begini lepas akad nikah daddy. Ops, daddy itu uncle aku, jangan salah faham ya. Kalau daddy aku, jangan harap nak berpoligami sebab dia tak mampu. Kalau dia berkenan kat orang lain, pasti dia dah ceraikan umi aku. Berlagak ke? Tak, itu hakikat. Lainlah kalau orang yang mampu termampu-mampu macam daddy seorang ini.

Bila tengok balik gambar-gambar ini, sedih pula, rasa macam nak menangis saja. Tapi, buat membazir air mata saja. Pendam sajalah dalam hati, buat malu saja menangis. Begini, banyak gambar yang kami ambil dengan Gen-2 ini semata-mata nak tampil bergaya dan mengancam. Sebab apa? Sebab kami jarang nak merasai naik kereta mewah-mewah ini. Dulu aku tiap-tiap hari naik Mercedes papa dan Honda mummy, datuk dan nenek yang juga ibu bapa aku. Tapi, sekarang ini kuranglah. Proton Saga dan Proton Kancil adalah. Macam Zira pula, dia pakai Proton Viva saja. Sebab itu bulu hidung kami rasa macam nak keluar bila naik Gen-2 ini, hehe. Tapi, kereta daddy aku juga, kan? Hehe.

Apa-apa pun, tolong kami, bantu kami, kami anak yatim piatu.

20100415

Tak Bisa Memilihmu

Telah jauh terpisah diriku dan dirimu
dalam ruang dan waktu
sendiriku jalani sepiku tanpa dirimu
resahku tanpa hadirmu
sungguh berat hatiku untuk merasakannya.

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah darimu
dan hadirnya menyentuh hatiku
ku cintainya
hatiku pun inginkannya
hingga runtuh setiaku pada dirimu.

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku.

Maaf kutak bisa memilih dirimu
karena kuterhanyut mencintai dia
inilah salahku yang memberi ruang
di dalam hatiku tuk mencintainya.

Terhanyut jiwa ini terjatuh di hatinya.


Entah apa istimewanya lagu 'Tak Bisa Memilihmu' dari Sixth Sense ini hingga berjaya mencuri hati aku. Mungkin sebab penghayatan vokalisnya, Ari Lasso atau mungkin juga sebab iramanya yang puitis walaupun kata-katanya taklah puitis mana. Sebab itu aku berangan nak jadi komposer kumpulan ini. Hehe, insya-Allah.

Bila aku nyanyikan lagu ini, aku teringat kat lelaki-lelaki yang melamar aku dengan cinta mereka. Kononnya cintalah. Tapi, aku jenis susah nak percaya orang luar, apatah lagi lelaki. Yalah, bukan ke perempuan ini ibarat mainan bagi mereka? Tapi, tak semualah.

Okay, okay. Sebenarnya aku tak boleh menerima mereka sebab dalam hati aku masih ada someone. Ya, walaupun someone itu lidah buaya, aku masih bodoh mencintai dia. Inilah salah aku yang memberi ruang di dalam hati untuk mencintainya. Cis, ciplak cipluk pula. Tapi, itulah hakikatnya.

Dan aku percaya pada aliran taaruf iaitu berkahwin sebelum bercinta. Insya-Allah akan ada Pak Arab meminang aku, hehe.

Pertandingan Pidato Piala Diraja

Dalam asyik menulis pasal Pak Cik Yosman, sepatutnya aku tulis pasal pertandingan Pidato Piala Diraja yang sepatutnya aku sertai semalam.

Guru Kanan Bahasa sekolah aku, Teacher Haslina ada buat pengumuman dalam Facebook pasal pertandingan ini dua hari lepas. Katanya sesiapa yang berminat, sila jumpa dia pagi keesokkannya. Aku teruja lalu aku pergi jumpa dia awal-awal lagi. Rasa tak sabar pula.

Tapi apa yang buat aku kecewa, memanglah susah nak jumpa teacher ini, hari itu juga pertandingan bermula. No latihan, terus bertanding. So, mana tak kecewanya kalau semuanya sekali gus serentak? Aku pun tak jadi masuk sebab aku tak ada persediaan rapi.

Biarlah, bukan rezeki. Lain kali aku takkan lepaskan peluang ini lagi, Insya-Allah.

20100414

Dia Penyebabnya



Kami gaduh lagi. Ini semua sebab dia, salah dia. Bila kami berbual-bual, tak sampai 10 minit dia minta diri. Alasannya dia busy, busy, busy. Nak jumpa customerlah, nak sembahyanglah, nak makanlah, nak mandilah, nak baliklah, ada meetinglah, ada discussionlah, ada oranglah,tengah drivelah, bla bla bla. Bila saya kata itu alasan semata-mata, dia kata alasan apanya, dah memang dia busy. Bukannya dia budak-budak yang tak ada kerja lain nak buat. Aku rasa terhina bila dia perli macam itu. Ya, memang aku budak-budak. Bukan orang tua macam dia.

Sekarang dia dah tak macam dulu. I mean, dia jauh berbeza. Kalau dulu dia selalu tanya khabar aku, sekarang bila aku call atau mesej, dia langsung tak tanya khabar. Alasannya tak sempat sebab terlalu busy. Kononnya sharing is caring sebab dulu memang dia caring dan romantik. Sekarang aku dah macam tak kenal siapa dia.

Tiap-tiap kali bila kami gaduh, aku selalu terlepas cakap. Pendek kata, aku selalu maki hamun dia. Aku kata dia tua nak mampus, botak, gemuk, perasan, sial, bodoh, bla bla bla. Aku pun tak tahu sama ada dia terasa atau tak. Tapi yang pasti, dia selalu merajuk bila aku maki hamun. Dia yang merajuk, bukan aku. Sepatutnya aku yang merajuk sebab aku ini budak-budak, muda dan mentah bergetah, bukan dia yang tua kerepot. Bila dah merajuk macam itu, aku kenalah pujuk sebab aku sayang dia. Tapi kadang-kadang, aku muak dengan perangai dia yang tak sedar diri itu. Aku fade up.

Dah, aku pun tak ada masa nak cakap pasal ini panjang-panjang, bukannya penting pun. Silap hari bulan, dia marah aku sebab aku tulis pasal kami dalam blog. Aku tahu dia malu kalau orang tahu pasal aku dan dia. Yalah, dia tua, aku muda. Tapi yang pasti, dia yang ajar aku maki hamun kat dia. Dia penyebabnya.

20100413

Aku Menang

Hari ni baru aku pergi sekolah. Semalam dan sebelumnya aku absent sebab MC. Aku MC sebab aku malas dan aku migrain. Biarlah apa cikgu nak kata, katalah. Aku tak kisah sangat asalkan aku dan keluarga aku kenal aku.

Lepas aku letak beg kat tempat sendiri, aku pergi kat Syuhada, kawan baik penolong kelas aku. Aku tanya dia, boleh tak aku bagi kat Alia, kawan baik dia tu MC? Sebabnya hari ni tak ada masa Sejarah. Yalah, cikgu kelas aku yang mengajar Sejarah. Lepas tu, tiba-tiba dia bagitau aku menang and it's unbelievable. Aku tak percaya, aku menang. Tapi, tempat ketiga saja. Tapi, tak apalah. Kira menang jugalah. Alhamdulillah.

Sepatutnya semalam aku naik ke pentas ambil hadiah daripada pengetua. Wow, bangganya naik atas pentas sekolah untuk kali ketiga.

20100412

Hobi Fotografi



Maafkan saya, masa untuk syok sendiri kejap. Alah, siapa yang tak pernah syok sendiri. Tipulah kalau kata tak, betul tak?

Saya pun selalu syok sendiri, berangan melangit. Macam-macam yang saya syok sendiri. Saya dirisik dan dipinang anak raja Arab. Kalau tak dapat anak raja Arab, dapat Prince William pun dah cukup. Tapi kalau Prince Harry, baik tak payah. He is not my taste. Dia kecil, kurus pula. Okay, bukan masanya nak cakap pasal kahwin lagi. Sekarang aku nak cakap pasal wajah aku yang tarik menarik. Mana tarik menariknya? Hehe, bagi akulah.

Aku nak cakap pasal hobi terbaru aku, hobi fotografi. Aku dah mula minat ambil gambar dan bergambar. Rasa puas pula bila ambil gambar dan bergambar sebab dalam sesebuah gambar itu ada ceritanya yang tersendiri. Itu sebabnya bila aku ambil gambar dan bergambar sini sana, orang tak boleh kata aku perasan nak menunjuk-nunjuk sebab itu hobi aku. Kau apa tau?

Macam gambar kat atas itu, memang aku syok sendiri pun. Hehe.

20100411

Jadi Model



Ini model di bawah talent aku, hehe. Taklah, ini teman aku, Azzira. Dia jadi model aku masa kami bercuti kat Terengganu, aku pula jadi jurugambar dia. Kalau ikutkan hati, aku nak juga jadi model, dia pula jadi jurugambar. Tapi, aku malulah tengok gambar aku sendiri yang gemuk gedempol macam Adibah Noor.

Berbalik pada gambar ini, cantik tak gambar ini? Gambar ini aku pukul dengan kamera Canon aku sendiri tau. Gaya Zira juga aku yang cipta, dia tiru saja, hehe. Beg dan selendang yang dia pakai itu aku punya. Aku bagi pinjam sebab dia tak bawa beg. Selendang memang dia tak bawa, dia bawa tudung macam biasa saja. Sengaja aku bagi pinjam kat dia dua-dua itu sebab nak dia bergaya sikit, tak nak nampak macam mak cik-mak cik saja. Itu pun dah kira okay sebab hari itu aku tak sempat nak make upkan dia, kami dah terlewat nak bertolak ke Terengganulah. Itu semua sebab uncle aku punya pasallah, hehe. Taklah, sebab aku punya pasallah beratus-ratus kali tukar baju. So aku sempat make upkan aku saja. Tak apalah Zira, mujur tak jatuh buah kelapa atas kepala saja, hehe.

Anyway, oleh sebab kami dah mula suka ambil gambar dan bergambar-gambar walaupun untuk syok sendiri, kami nak cuba nasib jadi model lepas SPM nanti. Tapi, model iklan sajalah, model catwalk sorry sebab tak nak ambil risiko besar, hehe. Apa-apa pun, tiba-tiba saja aku rasa macam nak beralih angin cuba dua-dua. Tak apa, serahkan saja pada Tuhan, Insya-Allah.