Selain pertandingan syarahan dan bercerita, aku join pertandingan pidato diraja juga tau. Esok aku start berlatih, Sabtu depan baru bertanding. Begitu juga dengan pertandingan syarahan dan bercerita sempena Minggu Agama Islam yang akan bermula Khamis ni. Aku berdebar-debar ni, harap-harap aku menang tak kiralah tempat ke berapa asalkan aku boleh naik pentas lagi, terima hadiah sambil tersengih depan kamera. Wow, bangganya... Apa-apa pun semoga aku berjaya ya, Insya-Allah.
Okay, sekarang ni aku nak cerita pasal pengantin baru kat atas tu. Pengantin lelaki tu bapak saudara aku yang aku panggil daddy. Badut kat sebelah tu isteri baru dia yang keempat. Wow, hebat kan? Alah, lelaki taklah buruk mana kalau kahwin banyak mana pun, lainlah perempuan. Badut tu pula katanya ni perkahwinan dia yang kedua, betul ke, boleh percaya ke dengan muka macam ni? Aku rasa bukan yang kedua tapi yang ketiga atau keempat. Yalah, tengok pula muka anak dia tiga ekor tu. Seorang macam Keling, dua lagi macam dia sebiji. Aku rasa dia nak tutup malu dia saja kata macam tu. Hish, apa yang menariknya badut ni sampai daddy boleh berkenan jadikan bini kedua? Jauh cantik bini pertama, okay pun okay. Yang ni dahlah pendek macam budak darjah empat, hipokrit pula, talam dua muka, perut pedal busuk. Buktinya, badut ni pernah fitnah aku, mummy aku dan umi aku. Bukannya siapa tu, aku ni anak saudara laki dia, mummy aku pula ibu laki dia manakala umi aku tu adik laki dia. Semuanya ada pertalian darah yang sah, bukan macam dia orang luar. Memang tak sedar diri kan.
Memang aku ada renjis merka masa persandingan tu tapi tak semestinya aku merestui mereka. Sorry, aku tak mungkin merestui perkahwinan ni, no way. Buktinya, masa aku merenjis tu, aku bukannya renjis air mawar dan bunga rampai kat tapak tangan mereka tapi baju mereka. Ha ha ha bukan main merah muka badut tu dan keluarganya tapi nasib baik daddy tak marah depan-depan.
Aku pergi majlis ni pun sebab terpaksa. Terpaksa sebab bila aku minta daddy belikan aku novel Inggeris yang berharga RM 35.90 dan dan jubah dari butik First Lady yang berharga dalam RM 50 lebih, daddy beli. Kalau ikutkan hati memang tak nak pergi hadap muka badut-badut ni tapi best juga pergi Terengganu tu sebab aku dapat jumpa saudara mara. Lagipun kawan aku, Zira kan turut serta temankan aku.
Aku jamin perkahwinan ni takkan kekal. Dulu pun masin mulutku bila daddy berkahwin dengan orang yang aku tak berapa suka. Eh, cuba lihat muka mummy aku tu lepas renjis pengantin baru tu, ha ha ha.
No hay comentarios.:
Publicar un comentario